top of page
  • newsatmy

Prn Melaka: Parti Perikatan India Muslim Nasional tanding enam kerusi

5 November

KUALA LUMPUR – Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini.


Setiausaha Agung Iman, Dr. Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Tertinggi parti itu bermesyuarat pada 30 Oktober lalu.


Jelas beliau, Iman telah mengenal pasti beberapa DUN untuk ditandingi di PRN Melaka.

Iman sebelum ini dikenali Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PBIM) ditubuhkan pada 2019 bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim bertitik tolak daripada kekecewaan masyarakat itu bahawa tiada parti untuk membela nasib mereka.


Namun pada September tahun lalu, PBIM meminda perlembagaan parti dengan menukar nama kepada Parti Perikatan India Muslim Nasional atau Iman.

Parti pimpinan Presiden, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak itu kini memiliki lebih 13,000 ahli di seluruh negara kecuali Sarawak. – MG

Comments


bottom of page