top of page
  • StrangePlay

PRN Melaka: Perikatan Nasional bawa inspirasi rakyat

9 November 2021

MELAKA: PAS merakamkan penghargaan kepada Perikatan Nasional yang tetap mengetengah calon wanita bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Perikatan Nasional tetap memberi peluang kepada wanita untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan membawa suara rakyat kepada kerajaan. “Saya merakam tahniah dan terima kasih kepada Perikatan Nasional kerana memberi peluang calon wanita berkhidmat kepada rakyat. “Pada masa yang sama kita tidak menafikan kewibawaan yang ada pada calon lelaki,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas Induk PAS PRN Melaka di Bukit Katil dekat sini.


Pada PRN tersebut, PAS menampil calon tunggal wanita, Aziah Mohd Sa’ad, 60, mewakili Perikatan Nasional bertanding di Dun Kuala Linggi.


Aziah yang merupakan pesara guru berdepan dengan tiga calon lelaki, Rosli Abdullah (BN-Umno), Julasapiyah Kassim (PH-Amanah) dan Kamisan Palil (Bebas).


Manakala Gerakan dan Bersatu masing-masing mempertandingkan dua calon wanita.


Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap sokongan pengundi terhadap calon Perikatan Nasional tidak mengambil kira soal jantina seseorang calon.


Menurutnya calon yang ditampil Perikatan Nasional membawa inspirasi rakyat, perpaduan dan paling penting menjaga keamanan kesejahteraan agama.


“Saya mengharapkan semua pengundi supaya bijak dalam memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka dan gunakan peluang ini sebaik mungkin, insya-Allah.


“Apa yang rakyat harapkan wakil rakyat yang mereka pilih benar-benar menggalas tanggungjawab dengan membawa suara rakyat kepada pemerintah. Itu yang sangat penting,” tambahnya.


Mengulas lanjut calon wanita paling muda yang dipertandingkan dalam PRN Melaka, beliau berkata ia memberi ruang orang muda mengenali masyarakat dengan gabung jalin antara orang lama dan baru.


18 tahun pasti memilih orang muda untuk membawa suara mereka. Malaysia mempunyai 5.8 juta pengundi muda,” ujar beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

bottom of page