top of page
  • newsatmy

Prn Melaka:PKR serah kerusi DUN Kuala Linggi kepada Amanah

30 Oktober

MELAKA– PKR menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi untuk ditandingi Amanah dalam masa yang sama PKR memperoleh empat kerusi baru iaitu Lendu, Paya Rumput, Asahan dan Sungai Rambai.


Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Datuk Gue Teck berkata, pembahagian kerusi itu sudah dimuktamadkan sebelum diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


Selain itu,dua kerusi PKR iaitu Ayer Limau dan Telok Mas diserahkan kepada Amanah untuk ditandingi, sekali gus menjadikan Amanah memperoleh tiga kerusi tambahan, termasuk Kuala Linggi.


Sementara itu Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, parti berkenaan terpaksa berpuas hati sekadar kekal bertanding di lapan kerusi walaupun pernah meminta supaya diberikan peluang bertanding di Paya Rumput.



Beliau berkata, meskipun tidak berpeluang menambah kerusi DUN pada PRN Melaka, DAP tetap akan memastikan lapan kerusi sedia ada dipertahankan.


Semalam, Anwar mengumumkan jumlah agihan kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH) iaitu 11 kerusi bagi PKR, lapan DAP dan sembilan Amanah.

Kerusi ditandingi PKR pada PRN Melaka ialah tujuh yang ditandingi pada PRU-14, iaitu Ayer Molek, Klebang, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Rembia, Machap Jaya dan Rim, selain empat kerusi baharu, iaitu Lendu, Paya Rumput, Asahan dan Sungai Rambai.


Manakala kerusi ditandingi Amanah pula ialah enam yang ditandingi pada PRU-14, iaitu Bukit Katil, Durian Tunggal, Taboh Naning, Serkam, Pantai Kundur dan Merlimau, selain tiga kerusi baharu iaitu Ayer Limau, Telok Mas dan Kuala Linggi.


DAP pula kekal bertanding di kerusi yang dimenangi pada PRU-14 lalu iaitu Kesidang, Duyong, Bemban, Ayer Keroh, Kota Laksamana, Banda Hilir, Gadek dan Pengkalan Batu.

bottom of page