top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: PN Akan Bincang Penggunaan Logo, Hari Penamaan Calon ‘Lambat Lagi’ – Azmin

30 Oktober

KULIM | Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa gabungan itu sedang melakukan perbincangan lanjut mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.


Menurutnya, tarikh bagi hari penamaan calon “masih lambat”, dan maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh parti-parti yang terlibat.


Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis mencadangkan satu idea baharu agar semua parti yang akan bertanding di PRN Melaka kelak menggunakan logo parti berkenaan.


Ia selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas


Selasa lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sepakat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang menggunakan lambang PN.


Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan pada 25 Oktober.

bottom of page