top of page
  • Writer's pictureNizam

PRN Melaka-PN bersedia persaingan tiga penjuru

21 Oktober-MELAKA

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pandangan beliau gabungan itu tidak boleh membuang masa menunggu keputusan daripada parti lain untuk membentuk bekerjasama.

Dalam sidang media hari ini, Muhyiddin berkata isu berbangkit ketika ini adalah apakah parti lain sudah bersedia atau tidak untuk berkerjasama terpulang pada mereka ,sambil menegaskan PN sudah bersedia lebih awal.

“Masa semakin suntuk, SPR telah umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian, sebagai sebuah parti gabungan PN bagi saya ini penting, tak boleh lengah-lengah.


“Jika tak ada isyarat yang jelas, kita akan pursue ikut keputusan yang sudah dibuat PN. Bersatu, PAS dan Gerakan juga bersetuju kalau perlu berhadapan tiga penjuru kita bersedia hadapi. disebabkan kami pejuang dan tidak perlu gusar” katanya.


Kenyataan Muhyiddin ini susulan daripada pendirian yang tidak pasti dari Barisan Nasional (BN) khususnya Umno berhubung strategi berdepan PRN Melaka.

Sebelum itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan kesukaran meyakinkan pemimpin parti itu di Melaka untuk bergerak bersendirian dalam PRN.

Sekurang-kurangnya 70% ahli jawatankuasa Umno negeri itu membantah pengumuman Zahid yang mahu bertanding tanpa kerjasama dengan PAS dan PN.


Berbeza pula pandangan timbalan presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata Umno belum mengambil keputusan mengenai bergerak solo atau bekerjasama dengan parti lain.

Mohamad berkata Umno akan menunggu keputusan mesyuarat khas Majlis Tertinggi berhubung keputusan tersebut.

Dewan Undangan Negeri Melaka terbubar pada 4 Oktober selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang kepercayaan majoriti apabila empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadapnya.

bottom of page