Nihaba
PRN Melaka:PN umum calon pada masa terdekat
4 November

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat.
Dari sumber dalaman , PN dijangka membuat pengumuman tersebut 5 Nov atau 6 Nov.Pengumuman akan dibuat sekitar jam 3 petang.
Lokasi pengumuman akan dibuat di Melaka dan pihak media boleh mengikutinya secara dalam talian melalui Facebook Tan Sri Muyiddin Yassin,
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) memaklumkan pihaknya akan mengumumkan nama calon mereka untuk PRN Melaka pada jam 10 pagi, Sabtu ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pengumuman itu dibuat menerusi atas talian atau Facebook (FB) UMNO Online tanpa penganjuran sebarang majlis.
Pakatan Harapan (PH) dalam satu sidang media hari ini juga memaklumkan akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding dalam PRN Melaka pada masa terdekat.