top of page
  • newsatmy

PRN Melaka,Tiada kerjasama bersama PN-Zahid

22 Oktober-BUKIT KATIL

Akhirnya UMNO telah membuat keputusan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional(BN) di PRN Melaka. Maka telah jelas tiada kerjasama dengan Bersatu dan pas dalam mana-mana pilihanraya. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu kerana telahpun diputuskan oleh perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu. “Tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat dalam membuat keputusan untuk bekerjasama. Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU ,” katanya dipetik daripada BH.

Zahid berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, malam tadi. Turut hadir bersama Zahid, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ketika ditanya, sama ada UMNO tidak akan bekerjasama dengan gabungan PN pada PRN Melaka kelak, Zahid berkata: “Saya tidak nampak ke arah itu”. Kenyataan beliau timbul setelah kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada UMNO untuk menghadapi PRN Melaka.

Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan Bersatu, PAS dan Gerakan bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya UMNO dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Zahid beryakinannya bahawa UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini. “Kita merasakan potensi meraih kemenangan sangat besar berdasarkan kepada kekuatan jentera UMNO berbanding parti lain.Pihak yang berada di sebelah sana,terutamannya PN tentunya mempunyai isu dan masalah tersendiri. “Tetapi kemenangan kita bukannya menunggang permasalahan orang lain. Kita bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” tambah beliau.

bottom of page