- StrangePlay
PRN Melaka tidak jejas sesi persekolahan - Radzi Jidin
18 Oktober 2021

Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan menilai beberapa kaedah tertentu selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Itu tertakluk kepada keputusan SPR apa sahaja yang diperlukan termasuk bantuan fasiliti yang berkaitan dengan pendidikan ini, kita boleh bincang dan akan bantu mudahkan apa sahaja urusan berkaitan.
“Apapun keputusan sekiranya diperlukan kita boleh berbincang dan kita boleh permudahkan.
“Walaupun sekolah baru buka kita ada pendekatan yang boleh kita gunakan yang lebih sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan persiapan pembukaan sekolah di Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abd Malek, hari ini.
Hadir sama Exco Belia Negeri, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohidden dan Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Azam Ahmad.