top of page
newsatmy

PRN Melaka-UMNO berebut sama sendiri rakyat jadi mangsa

25 Okt-AYER KEROH

UMNO telah diberikan jawatan Ketua Menteri Melaka, tetapi pemimpin mereka sendiri menjatuhkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga dari parti sama sehingga terpaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan.


Pemimpin parti UMNO lebih mementingkan kuasa,jawatan dan projek sehingga menyebabkan pembubaran DUN.Mereka memperdaya rakyat dan merasakan walau apapun mereka lakukan,rakyat Melaka tetap menyokong UMNO.


Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali itu berkata UMNO sudah diberikan jawatan nombor satu untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka tetapi sebaliknya mereka masih berebut kuasa sesama mereka sehingga mengakibatkan berlakunya satu lagi krisis politik dalam negara.

“Yang jatuhkan mereka (UMNO), mereka juga… Ini yang rakyat marah,” katanya semasa dalam satu program PN di Melaka semalam.


Azmin berkata krisis politik tidak sepatutnya berlaku pada ketika negara masih berdepan penularan pandemik Covid-19 dan PRN akan mengulangi episod sama yang berlaku di Sabah.

“Musuh kita bukan sesama kita, musuh kita adalah Covid,” katanya lagi.

Comments


bottom of page