top of page
  • newsatmy

PRN Melaka: Wanita UMNO laksana gerak kerja, ambil kira SOP – Norshida

2 November 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai pandangan diambil kira dalam usaha melancarkan gerak kerja sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan bermula 8 November ini.


Menurut beliau apatah lagi dengan pelbagai ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) yang akan dimaklumkan oleh pihak berkaitan sepanjang kempen berkenaan, tentunya segala pelaksanaan dan perancangan akan mengambil kira perkara-perkara berkenaan.


Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat seterusnya menambah bentuk kempen yang akan dilaksanakan kelak tentunya tertakluk kepada SOP yang akan diumumkan nanti.


Namun tambahnya Wanita UMNO khususnya jentera penerangan telah pun bersedia daripada awal dan akan menyusun langkah apabila wisel atau gendang PRN dipalu pada 8 November ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi RN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November diikuti tarikh mengundi awal pada 16 November.



bottom of page