top of page
  • Writer's pictureNizam

PRN Sarawak-DAP dan PKR bertindih di tiga kerusi.


25 November

KUCHING-DAP dan PKR berdepan masalah pertindihan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu.


Sinchew Daily melaporkan, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu mahu bertarung di Piasau dan Senadin di Miri serta Kemena di Bintulu.


Walaupun PKR Sarawak pada awal tahun dilaporkan telah mencapai persepakatan dengan DAP iaitu PKR hanya bertanding di 47 kerusi, tetapi Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen baru-baru ini mendedahkan PKR kini mengintai kerusi tambahan sehingga 50 kerusi.


PKR dilihat sedang berusahabuntuk bertanding di tambahan tiga kerusi dan gerakan mereka dapat dihidu termasuk melakukan temuduga untuk calon berpotensi bagi kerusi yang sepatutnya ditandingi DAP.


Menurut sumber dari pemimpin PKR Sarawak, beliau memberitahu bahawa PKR sedia bertembung dengan DAP di tiga kerusi rebutan sekiranya Chieng Jen mahu meneruskan hasil rundingan awal tahun.


Selain itu Ketua Penerangan PKR Sarawak, Abun Sui Anyit dilihat mula bergerak dengan aktif memuat naik aktivitinya di Piasau, walaupun kerusi itu sepatutnya ditandingi DAP dalam rundingan sebelum ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dan terdapat 82 kerusi DUN akan dipertandingkan.


bottom of page