top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Sarawak-Gabungan Pakatan Harapan bertanding guna logo sendiri.

25 November

KUCHING-Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengambil keputusan untuk tidak menggunakan logo Pakatan Harapan untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 18 Disember ini.


Dengan keputusan itu,Gabungan parti dalam Pakatan Harapan akan mengunakan logo parti masing-masing pada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

"Amanah akan guna bendera Amanah, DAP guna roket dan PKR (bendera) mata biru,” kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, menjawab soalan pemberita ketika ditanya berkaitan penggunaan lambang Pakatan Harapan dalam pilihan raya Negeri Sarawak.


PH sebelum ini telahpun memutuskan bahawa logo bersama tidak akan dikuatkuasakan secara ketat di Sarawak.

Sementara itu, Chong berkata platform kempen utama PH adalah untuk rakyat Sarawak menyuarakan bantahan terhadap kerajaan persekutuan Umno dan PAS pada pilihan raya negeri akan datang.


"Gabungan Parti Sarawak secara terbuka menyokong Umno dan PAS yang berada dalam kerajaan pusat. Kerajaan persekutuan Umno-PAS hanya akan membawa negara ke belakang. Tidak akan ada kemajuan.


“Kami berharap pilihan raya kali ini akan menyaksikan pengundi menghantar mesej yang jelas dengan menunjukkan mereka menolak GPS, PAS, dan Umno,” katanya.


Mengenai tuntutan PKR untuk mendapatkan lebih banyak kerusi, Chong menjawab secara ringkas: "Persetujuan terakhir ialah mereka hanya memiliki 47."


Manakala Wakil PKR yang hadir, Micheal Teo tidak menjawab soalan itu.

Sebelum ini, Beberapa pemimpin PKR Sarawak secara terbuka menuntut DAP Sarawak menyerahkan kembali hak untuk bertanding bagi tiga kerusi di Miri.


Bagaimanapun, PKR Sarawak telah pun menyerahkan hak tersebut melalui perjanjian bertulis pada Januari lalu.

bottom of page