top of page
  • newsatmy

PRN Sarawak: PKR umum 27 calon

4 Disember 2021

KUCHING -PKR mengumumkan 27 calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 18 Disember ini.


Antara yang diumumkan adalah Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Abg Zulkifli Abg Engkeh bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Joshua Jabeng di DUN Kakus.


Joshua berkata, pengumuman hanya 27 calon adalah berdasarkan keputusan PKR untuk bertanding di kerusi yang mempunyai peluang kemenangan yang tinggi setelah membuat perincian.


Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Dominique Ng berkata, kali ini PKR bertindak rasional dengan tidak meletakkan calonnya di kerusi yang tidak mempunyai harapan untuk menang.Namun PKR mungkin akan membuat perubahan di saat akhir dan berkemungkinan akan menambah lagi calon-calon yang bertanding.


“Ini adalah senarai 27 yang kita boleh umumkan dan akan ada satu atau dua kerusi lagi (kemungkinan akan diputuskan di saat akhir).


Tetapi sudah tentu tiada pertembungan dengan DAP, kerana kami bertanding dalam PH yang sama,” katanya. - Bernama


Berikut ialah senarai calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 seperti yang diumumkan hari ini:


Opar - Meneng Biris


Tupong - Ahmad Nazib Johari


Satok - Nor Dahlia Esapian Eyau


Batu Lintang - Cherishe Ng


Asajaya - Mahmud Epah


Serumbu - Micheal Sawing


Tarat - Christo Micheal


Tebedu - Senior William Rade


Sadong Jaya - Piee Ling


Lingga - Abg Abd Kasim Abg Bujang


Beting Maro - Abg Zulkifli Abg Engkeh


Saribas - Patrick Kamis


Bukit Saban - Mikail Mathew Abdullah


Ngemah - Satu Anchom


Machan - M Fauzi @ Joseph Usit


Telian - Mohd Arwin Abdullah


Balingian - Abd Jalil Bujang


Kakus - Joshua Jabeng


Katibas - Munan Laja


Murum - Ani Amat


Bekenu - Norhafizah Johari


Lambir - Zolhaidah Suboh


Marudi - Elias Lipi


Telang Usan - Philip Jau Ding


Mulu - Roland Engan


Batu Danau - Racha Balang


Ba’kelalan - Martin Samuel Labo





bottom of page