top of page
  • zaman

PRN Selangor dan Negeri Sembilan,PN menjadi pilihan yang diyakini


‘GELOMBANG PN’ yang membadai seluruh negara sehingga memungkinkan PERIKATAN NASIONAL menyapu 74 kerusi Parlimen dalam PRU baru-baru ini adalah rata-rata isyarat kebangkitan politik masyarakat Melayu Islam.


Ini diakui oleh kebanyakan penganalisa politik apabila PN berjaya memperolehi sokongan sekitar 56 peratus undi dari para pengundi Melayu yang keluar mengundi di Semenanjung Malaysia.


Mengikut rekod , 6 kerusi Parlimen yang dimenangi PN memperolehi sekitar 55.7 peratus undi dari pengundi Melayu yang keluar mengundi dengan Parlimen Kuala Langat mencatatkan rekod 72 peratus.


PERIKATAN NASIONAL yakin masyarakat Melayu bangkit melalui gelombang ini kerana bosan dan kecewa dengan kepimpinan Melayu yang cenderung rasuah, pincang moralnya dan gagal menepati janji.


Lantas PN menjadi pilihan yang diyakini.


Dilihat, trend pengundi Melayu seumpama ini bersifat nasional dan tidak mengenal batas sempadan sebagaimana didakwa seorang ADUN PKR Selangor kononnya ia hanya berlaku di Kedah dan Kelantan.


Pengundi Melayu di mana sahaja termasuklah di Selangor hari ini cukup rasional dan menuntut sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti serta berwibawa.


Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang lemah, tidak kompeten dengan sekadar menabur janji kosong akan menjadi mangsa gelombang ini termasuklah di Selangor.


Rakyat mahukan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar memahami dan mewakili kehendak dan aspirasi mereka, PERIKATAN NASIONAL yakin ianya pilihan majoriti rakyat khasnya para pengundi Melayu.


Manakala Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan pula, menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan negeri.


Kenyataan Pengerusinya,Datuk Eddin Syazlee Shith berkeyakinan dengan usaha barisan kepimpinan yang komited memperolehi 19 kerusi DUN itu tidak mustahil untuk dicapai.


Beliau berkata peluang PN untuk mendominasi Negeri Sembilan juga besar berdasarkan perkembangan terkini dalam negara serta perancangan teliti dan sistematik jentera parti.


DUN Negeri Sembilan Kerusi pengundi Melayu 60 peratus ke atas ada 21 (daripada 36 kerusi). Daripada itu PN sasarkan menang 19 kerusi, itu agak realistik.


Pelbagai pihak meramalkan bahawa Perikatan Nasional (PN) mampu mencipta kejutan di Negeri Sembilan pada PRN akan datang


Sebagai rekod,DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ahli Pakatan Harapan(11 dimenangi pleh DAP) dan 16 Barisan Nasional daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRU14.


Perikatan Nasional yakin sokongan yang dimiliki akan membolehkan parti itu menang dengan majoriti mudah di Selangor dan Negeri Sembilan pada PRN nanti.


PRN mungkin akan diadakan pada Julai tahun ini dengan mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan Selangor pada 1 Jun depan.



Matharuzaman Ahmad

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pontian

Timbalan Ketua PERIKATAN NASIONAL Pontian





bottom of page