Arissa Azman
Program Penyerahan Bakul Sumbangan kepada golongan rentan semua agama
1 Ogos 2021

Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul semalam telah hadir ke Masjid Al-Qurtubi, Tmn Sri Segambut, untuk menyampaikan sumbangan 1,000 bakul makanan kepada golongan terjejas melalui masjid-masjid di kawasan setempat.
Sumbangan bukan sahaja untuk ahli kariah beragama Islam, malah untuk golongan rentan dari semua agama.
Turut hadir untuk menyampaikan sumbangan adalah Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. ⠀
⠀
Pengagihan bersama LHDN ini adalah contoh konsep whole-of -nation di bawah Pelan Pemulihan Negara, di mana agensi-agensi Kerajaan dan GLC juga turut melibatkan diri dalam membantu Kerajaan mengagihkan bantuan, seiring dengan usaha memastikan kesejahteraan semua.⠀
⠀
Program Bakul Makanan adalah sebuah program yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan PERMAI, kemudiannya diperluaskan di bawah Pakej PEMULIH, di mana Kerajaan telah memperuntukkan RM300,000 untuk setiap Ahli Parlimen mengagihkan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan mereka. ⠀
⠀
"Setakat ini, saya telah mengagihkan 1,000 bakul makanan di Bangi dan 500 di Lembah Pantai dengan nilai keseluruhan RM150,000,
"Bagi mereka yang masih memerlukan bantuan, anda boleh mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat khidmat komuniti masing-masing," katanya.
--PN Online