top of page
  • Farah

Program tuala wanita: Peringkat awal nak mulakan pun dah jauh tersasar


KUALA LUMPUR, 14 Dis – Inisiatif pemberian pemberian tuala wanita secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu program yang baik.


Bagaimanapun, Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakob berkata keberkesanan program itu mestilah dinilai agar inisiatif itu tidak dianggap syok sendiri.


“Pada peringkat awal nak mulakan program ni pun dah jauh tersasar, apa lagi maklum balas yang diinginkan juga dari orang dan tempat yang juga jauh tersasar. Sudah pasti maklum balas yg diterima akan tidak tepat.


“Kalau nak pastikan pengoperasian berjalan dengan baik ada baiknya dibincangkan dengan baik dalam satu team task force yang akan membincangkan dari A-Z segala hal yang berkaitan perlaksanaan program serta mendapat pandangan dari agensi yang akan terlibat sebelum dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohd Yadzil berkata demikian mengulas kenyataan Dr Zaliha berhubung cadangan KKM yang akan melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.


Dalam pada itu, Mohd Yadzil berkata, KKM perlu lebih cakna dengan teguran yang dibuat netizen.


Ini kerana, ujarnya, teguran yang dibuat netizen mungkin ada kebaikan yang boleh diambil sebagai input dalam melaksanakan cadangan murni tersebut.


“Tak salah pihak menteri mengambil pandangan netizen itu untuk perbaiki pelaksanaan program itu kerana itu juga adalah maklum balas awal kepada menteri berkaitan program ini,” katanya lagi.

bottom of page