top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Projek pembasmian kemiskinan dijangka bermula Februari 2022 – Mustapha

23 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka melaksanakan projek pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara bermula Februari atau Mac 2022 yang termasuk dalam peruntukan projek khas sebanyak RM1 bilion.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan senarai lokaliti yang terlibat di setiap negeri akan dipilih dalam masa dua minggu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).


“Daripada jumlah itu, sebanyak RM500 juta adalah untuk membiayai projek membasmi golongan miskin tegar di seluruh negara di mana sebanyak tiga hingga lima lokaliti akan dikenal pasti di setiap negeri untuk membasmi golongan miskin tegar secara bersasar.


“Kita akan mengambil pendekatan holistik melibatkan agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, universiti, bahagian korporat, yayasan dan badan-badan lain,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perandangan 2022 bagi peringkat Jawatankuasa di Parlimen pada Isnin.

bottom of page