top of page
zaman

‘Proklamasi Melayu’ dibatalkan lokasinya 4 kali bertukar sekadar sidang media


KUALA LUMPUR 19 Mac:Program Proklamasi Melayu yang akan menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijadual diadakan hari ini terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Menurut Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, ia berikutan tempahan lokasi baharunya yang keempat di Ideal Convention Centre Selayang, turut dibatalkan tempahannya.


Baru-baru ini, Dr. Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah

Lokasi kedua di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara .


Akibat beberapa kali bertukar lokasi,majlis yang dijadualkan pada hari ini terpaksa dibatalkan kerana semua tempat tempahan menarik balik atas arahan pihak tertentu,walaupun sudah dibayar sepenuhnya.

Difahamkan,tempat keempat dan terakhir pengurusan Ideal Convention Centre Selayang juga menerima arahan supaya membatal tempahan dewan oleh Sekretariat Melayu.

Pihak penganjur berasa sedih dan dukacita atas kezaliman yg tidak terduga sama sekali dalam kenyataan pada hari ini.

Susulan itu, katanya, Dr Mahathir yang merupakan tetamu utama akan mengadakan sidang media pada jam 3.30 petang ini.

Penganjur turut menegaskan itu bukan acara politik tetapi untuk membincangkan isu berkaitan masyarakat Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut akan menyaksikan majlis menandatangani proklamasi.

Comments


bottom of page