top of page
  • admin

Prospek bank-bank Asia Pasifik diunjur lebih stabil - Moody's


KUALA LUMPUR 11 Jan: Prospek bagi sektor perbankan Asia Pasifik dilihat lebih stabil, disokong oleh faktor keadaan ekonomi yang secara relatifnya kukuh, penampan kerugian lebih tinggi serta keuntungan yang semakin meningkat, kata Moody's Investors Service.


Firma penyelidikan itu berkata, prospek ekonomi kekal menyokong pertumbuhan serta kelayakan kredit bank-bank terbabit, walaupun dalam persekitaran menyederhana.


"Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebenar (KDNK) bagi kebanyakan pasaran Asia Pasifik adalah sederhana namun kekal sihat. Keadaan pasaran tenaga kerja yang ketat di pasaran lebih maju di Asia akan menampan impak inflasi yang tinggi serta kenaikan kadar faedah," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Comments


bottom of page