top of page
  • admin

PRU-15 dijangka diadakan pada hujung tahun ini


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berkemungkinan akan diadakan pada tahun ini, Andaian ini dilihat pada kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi isyarat pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir diadakan dan tarikh pembubaran akan dibincangkan tidak lama lagi dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Perdana Menteri semasa berucap dihadapan pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini secara bersungguh-sungguh berkata tarikh PRU-15 tidak lama lagi akan diputuskan dan meminta para hadirin mempercayai janjinya untuk mengadakan pilihan raya dengan segera, jelas beliau ketika berucap di Stadium Titiwangsa


“Bila tarikh PRU-15? Saya dengan Presiden (Zahid) akan putuskan… tapi percaya lah, sikit lagi tidak lama dah,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.


Jelasnya lagi, keputusan untuk menentukan tarikh PRU-15 akan dibincang dalam kalangan ‘top five’ UMNO yang turut berada dalam program tersebut.


“Lima-lima ‘top five’ UMNO ada disini dan dalam waktu terdekat kita akan jumpa bincang benda (PRU-15) ini,” katanya lagi.


Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan pada tahun ini,


Ujar beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jika PRU dilambatkan maka dibimbangi akan berlaku defisit sokongan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam ucapan ketika Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Jentera BN Parlimen bahagian terbabit yang diadakan di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, pada Jumaat.


Sementara itu,semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan perbincangan tarikh PRU-15 melibatkan ‘top five’ UMNO akan diadakan pada 30 September.


Ahmad dalam satu kenyataan ringkas memberitahu perbincangan tarikh PRU-15 itu yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan pada 30 September.


Dalam kenyataan sama, perbincangan tarikh PRU-15 itu akan berlangsung semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pada malam sama.


Ahmad berkata tarikh awal mesyuarat itu ditangguhkan kerana Ismail Sabri perlu menghadiri majlis rasmi di Bangi.


Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

bottom of page