• newsatmy

PRU-15: Tun M bagi laluan


13 Januari 2021

Nurfarhana


Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi pada PRU-15.


Seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, salah satu alasannya adalah usia yang lanjut.


“Bertanding lagi? Tak payahlah, saya sudah umur 95 tahun, nak berjalan pun tak berapa betul, takkkan nak suruh saya kena bertanding lagi, cukuplah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan portal Herbee di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.


Mantan Perdana Menteri itu akan mencapai usia 96 tahun pada 10 Julai ini.


Seorang lagi pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang yang akan memasuki usia 80 tahun pada 20 Februari ini.


Namun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu belum mengumumkan sama ada akan bertanding dalam PRU-15 atau sebaliknya.

70 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.