top of page
  • newsatmy

PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf

23 Feb: Sinar Harian

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar permohonan untuk menyertai semula Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dalam minggu ini.


Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut.


“Ya, PSM sedia maklum mengenai keahlian dalam Istaf untuk membolehkan badan induk ini kembali ke peringkat antarabangsa. “Jaminan saya, PSM kini dalam proses menyelesaikan isu dokumentasi yang dikehendaki seperti dalam proses permohonan.

“Bagi permohonan keahlian Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), dokumen-dokumen susulan yang dihantar sebelum ini telah pun diterima pihak Astaf,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.


Dalam perkembangan lain, Abidullah mengesahkan kemasukan Persatuan Sepaktakraw Selangor dan Sarawak ke dalam badan induk itu.

Justeru katanya, PSM membenarkan tiga ahli gabungan Selangor, Sarawak dan Perlis yang keluar sebelum ini kembali menyertai Liga Sepak Takraw (STL) 2023 Divisyen Satu yang menyingkap tirai dari 26 Mei hingga 24 Jun ini.

“PSM juga mengalu-alukan kemasukan semula ke dalam badan induk itu, para pengadil yang bernaung di bawah Persekutuan Sepak takraw Malaysia (Mastaf) sebelum ini.

“Namun, setiap pengadil perlu memohon penyertaan semula kepada PSM secara individu melalui persatuan-persatuan negeri masing-masing,” jelasnya. -Sinar Harian

bottom of page