Arissa Azman
PSU diteruskan, manfaatkan lebih 2.5 juta pekerja
1 Julai 2021
Semua sedia maklum, kita masih berada dalam fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga 3 indikator utama dicapai.
Dalam fasa ini, banyak perniagaan yang terjejas.
Oleh itu, bagi mengurangkan beban para peniaga terutama sekali majikan, kerajaan telah meneruskan Program Subsidi Upah (PSU).
Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM15 bilion untuk membantu majikan membayar gaji pekerja dan sekitar 2.7 juta pekerja telah mendapat manfaat tersebut.
Setelah kerajaan berhasrat untuk meneruskan program ini, PSU 4.0 telah diperkenalkan di bawah inisiatif PEMULIH.
Justeru, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion dan dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.
Inisiatif terbaru ini akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan.
Lebih menarik lagi, PSU 4.0 telah ditambah baik di mana tiada lagi syarat gaji ditetapkan seperti sebelum ini.
Maka, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4 ribu.
Kerajaan akan terus komited menyediakan bantuan kepada pihak terjejas dan menambah baik bantuan-bantuan yang sedia ada.
Oleh itu, diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
--PN Online
Commentaires