top of page
  • admin

Pujian kosmatik kerajaan Anwar akan makan diri


Langkah diambil pasukan perhubungan awam Anwar Ibrahim sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri mungkin bakal memakan diri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu jika beliau gagal memenuhi gambaran yang ditunjukkan kepada rakyat.


Bermula beberapa jam selepas mengangkat sumpah 24 November lalu, beliau dilihat menjawab telefon presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri dan perbualan itu didengarkan kepada umum.

Gambar fail kerja bertimbun di atas meja, selain bekerja pada hujung minggu turut dijadikan bahan-bahan optik daripada pejabatnya.


Pasukan komunikasi Pakatan Harapan (PH) juga bekerja keras untuk menaikkan imej Anwar yang juga pengerusi gabungan itu di internet.


Selepas Anwar menjadi perdana Menteri, beliau kena pancar imej sebagai perdana menteri yang sebelum ini imej sebagai ketua pembangkang.Anwar perlu tunjuk bahawa beliau ialah 'man of authority' yang prihatin kepada rakyat.


meskipun pasukan komunikasi PH sedang berusaha membuat publisiti bagi meningkatkan reputasi Anwar namun dalam masa enam bulan selepas pembentukan kerajaan, Anwar gagal kemukakan bukti pencapaian pasti rakyat akan menolak beliau.


Ujian sebenar datang apabila beliau membentangkan belanjawan.

Apakah ia akan jadi belanjawan yang akan dibentangkan akan mengujakan rakyat


Anwar yang juga menteri kewangan dijadualkan membentang Belanjawan 2023 pada Februari ini.


Namun dalam jangka masa panjang, beliau perlu berhati-hati kerana kenyataan perdana menteri membawa implikasi kepada negara.


Pasukan komunikasi PH juga tidak lupa untuk membesarkan langkah-langkah yang diambil Anwar, meskipun ia sama seperti langkah yang diambil perdana menteri sebelum ini.

Contohnya, bantuan banjir yang diumumkan Anwar, serta pembatalan sambutan tahun baru bagi menghormati mangsa banjir.


Ia turut dibuat oleh Ismail Sabri Yaakob dengan jumlah bantuan yang lebih besar, namun bekas perdana menteri itu tidak terlepas daripada menerima kecaman terutamanya daripada kalangan penyokong PH.


Gambar Ismail memotong kek semasa program Umno dan insiden konvoinya menghentikan sebuah ambulans menenggelamkan pengumuman dan inisiatif yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bera itu.


Walaupun penggunaan media sosial oleh pasukan komunikasi Anwar dilihat lebih baik berbanding Ismail.


Namun, jangkaan dan harapan besar yang telah ditanam oleh PH juga menjadi cabaran buat Anwar.


Ini kerana jika beliau dan Kabinet tidak memenuhi jangkaan itu, ia bakal memakan diri.


bottom of page