top of page
  • cik skod

Pusat latihan hoki diwujudkan, NHDP sasar gilap bakat baharu


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Sebanyak 76 pusat latihan hoki lelaki dan 34 pusat latihan hoki wanita diwujudkan menerusi Projek Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP). Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata langkah itu diambil bagi mencungkil bakat lebih ramai atlet hoki di usia muda selain melahirkan jurulatih berkemahiran dan berkepakaran dalam sukan itu. "Ia melibatkan 154 jurulatih bagi pusat latihan hoki lelaki dan 68 orang jurulatih di pusat latihan hoki wanita. Secara keseluruhan, kita ada 3,400 lelaki dan 1,005 wanita yang sedang dilatih bawah program ini. Ia turut melibatkan penganjuran sembilan kejohanan peringkat zon dan dua kejohanan peringkat kebangsaan dan satu kejohanan jemputan antarabangsa yang dipanggil sebagai Mirnawan Cup," kata Adam kepada pemberita RTM menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengenai rancangan kementerian untuk memperkasa sukan hoki.


Tambahnya, inisiatif penganjuran tayangan siaran langsung perlawanan hoki di skrin besar akan diperluas ke negeri-negeri lain.


Ia bagi menyemarakkan lagi sokongan terhadap pasukan hoki negara. Sebelum ini, tayangan itu telah dilaksanakan di Dataran Merdeka dan pekarangan Perbadanan Putrajaya ketika saingan aksi Piala Dunia Hoki 2023 di India baru-baru ini. Pasukan hoki negara telah berjaya melayakkan diri ke tiga piala dunia berturut-turut iaitu 2014, 2018 dan 2023.

bottom of page