top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Rahsia Mesyuarat UMNO Bocor, Jangan Salahkan BERSATU – MPT

15 Julai 2021

KUALA LUMPUR 14 Julai – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU meminta Puad Zarkashi supaya jangan sewenang-wenangnya menuding jari kepada BERSATU atas kebocoran rakaman suara dan segala maklumat ‘verbatim’ dari mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.


Ahli MPT BERSATU, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, Puad sepatutnya tidak mengaitkan parti lain atas kecuaian pengendalian kerahsiaan hal dalaman parti UMNO.


Katanya, kebocaran rahsia yang berlaku perlu disiasat oleh UMNO sendiri dan persoalan juga timbul adakah ahli BERSATU turut menyertai mesyuarat UMNO tersebut?


“Tidak perlu berteka-teki dengan cuba menuduh sembarangan ia angkara siapa, segala pekung dan komplot sesetengah pemimpin dari kelompok projajaran baharu dalam parti anda itu untuk mensabotaj kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Parlimen nanti,” katanya.


Menurutnya, apa yang sedang berlaku, rakyat bukan sahaja sedang perhatikan, malah rakyat juga muat dengan politik semasa.


Beliau seterusnya mencabar pihak kepemimpinan UMNO menamakan siapa yang membocorkan maklumat mesyuarat MKT UMNO itu.


“Pecatlah jika terbukti individu berkenaan membocorkan rahsia mesyuarat tersebut kerana rakyat pun ingin mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat,” katanya.




--PN Online

bottom of page