top of page
  • newsatmy

Rakaman Lama, Polis Tidak Buka Kertas Siasatan ‘All Together Now Malaysia’

9 Jun 2021

Baru sahaja ditayangkan, namun program realiti ‘All Together Now Malaysia’ telah menerima kritikan ramai ekoran dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Walaubagaimanapun, pihak polis menyatakan bahawa tiada kertas siasatan yang akan dibuka selepas semakan yang dibuat memutuskan bahawa rakaman rancangan itu dijalankan sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.


Program ini mula menjadi bualan ramai di laman media sosial selepas netizen mempersoalkan jumlah juri yang menyertai prgram tersebut selain kesemuanya yang dilihat tidak mengenakan pelitup muka sepanjang program itu berlangsung.


Malah kecaman yang masih berterusan itu membuatkan pihak Astro memilih untuk menangguhkan sementara tayangan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siasatan pelanggaran SOP selesai dijalankan.

bottom of page