top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Rakyat Akan Pilih Parti Yang Lebih ‘Establish’ – Ahmad Faizal

17 Disember 2021

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelebaran sayap Parti Warisan Sabah (Warisan) ke Semenanjung Malaysia bakal menyemarakkan lagi semangat demokrasi dalam negara.

Namun beliau berpendapat, rakyat akan lebih cenderung untuk memilih parti yang mempunyai kombinasi pemimpin berpengalaman dan dipercayai.

“Saya fikir ini (dapat) menyemarakkan lagi semarak demokrasi dalam negara kerana rakyat ada banyak pilihan (parti politik) namun perlu diingat rakyat akan melihat gabungan yang ‘establish‘ seperti Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai pemimpin berpengalaman dan dipercayai.


“Itu yang lebih menarik daripada sebuah parti yang sekadar mengambil peranan dalam proses demokrasi tanpa benar-benar serius untuk menubuhkan kerajaan,” katanya menerusi sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Damansara Perdana hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan Warisan yang telah melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia selepas dilancarkan ke peringkat nasional oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Konvensyen Sime Darby.

bottom of page