Rakyat risau lihat Sungai Pisang padat orang ramai, mula abai SOP
13 September 2021
Sebaik saja kerajaan mengumumkan kawasan Lembah Klang kini bertukar status ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan rakyat di Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya dibenarkan merentas daerah, nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.
Bayangkanlah dah berbulan-bulan terperuk di dalam rumah, mesti ramai yang teruja nak ke pantai, sungai dan menikmati kawasan semulajadi lain di Selangor kan?
Apa-apapun janganlah teruja sangat sampai melanggar SOP serta sanggup berkerumun ramai-ramai di satu tempat seperti yang dikongsikan dalam video di TikTok di bawah.
Menerusi perkongsian @luxeynnakclan, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.
Dalam video itu juga dapat dilihat orang ramai seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan malah pemilik video juga menggambarkan situasi tersebut seperti berada di uptown yang padat dengan orang.
“Bila longgar sikit fikir dah free macam bebas covid”
Video tersebut ternyata memberi kegusaran kepada netizen yang risau jika kes COVID 19 akan meningkat secara mendadak dalam jangka masa dua tiga hari ini.
Malah ramai juga mengatakan jika kes meningkat, rakyat akan menyalahkan kerajaan padahal punca masalahnya datang dari kita sendiri.
Sungguhpun tahap vaksinasi di Lembah Klang antara yang tertinggi di Malaysia, rakyat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga SOP kerana virus tersebut masih boleh berjangkit walaupun seseorang itu sudah divaksinasi.
Comments