top of page
  • newsatmy

“Ralat, Namun Tak Ambil Hati..” Awal Ashaari Tidak Lagi Mengacara Melodi, Diberi Notis 2 Minggu

26 Julai 2021

Proses ‘pembersihan’ yang sedang berlaku di Media Prima Berhad menyaksikan pengacara terkenal, Awal Ashaari tidak lagi mengacara program hiburan popular, Melodi dan akan digantikan dengan pelakon Nabila Huda.


Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,40, dia telah menerima notis penamatan kontrak kira-kira dua minggu yang lalu dan esok merupakan hari terakhir dia akan bersiaran sebagai pengacara program tersebut.


Perkara tersebut dikongsikan Awal menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya. Katanya lagi, khidmat yang dicurahkan semenjak lapan tahun yang lalu seolah-olah terhenti begitu saja apabila dia menerima surat penamatan kontrak tersebut. Dia juga menzahirkan perasaan ralat kerana tidak sempat merancang hala tuju kariernya selepas ini tambahan di kala anak seni yang rata-ratanya berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja gara-gara pandemik COVID-19 dan perlaksanaan PKP kini.

“Lepas rakaman semalam (Jumaat) saya terdiam. Lama saya terfikir, macam ni pengakhiran saya dalam program ni. Bukan la minta untuk diraikan cuma tak sempat nak bid farewell buat semua yang berjasa.Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati..tapi saya percaya kepada rezeki, qada dan qadar..bukanlah niat untuk menongkat langit…”

Sebagai mana dimaklumkan kepada Awal, pihak Media Prima mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan in-house talent yang bernaung di bawah pengurusan mereka bermula bulan Ogos ini.

Awal dalam pada itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Janna dan rakan penyampai yang baru untuk masa-masa yang akan datang. Sekadar info, Awal dan Janna mula bergandingan bersama sebagai pengacara Melodi sejak daripada tahun 2013 yang lalu.


- PN Online

bottom of page