top of page
  • newsatmy

Rangkaian 5G sedia ditawarkan di Putrajaya disember Ini

6 Disember 2021

KUALA LUMPUR-Digital Nasional memaklumkan perkhidmatan 5G akan mula tersedia di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2021.


Selepas itu, perkhidmatan 5G dijangka akan menjangkau sekitar 40% liputan di kawasan berpenduduk negara pada akhir 2022 dan seterusnya akan diperluas ke seluruh negara untuk meliputi kawasan bandar dan desa yang lain serta taman perindustrian, dengan sasaran liputan sekitar 80% di kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024.


Rancangan ini sedang dimuktamadkan dan butir-butir lanjut akan dikongsi bersama setelah perancangan mendapat kelulusan SKMM.Menerusinya, beberapa syarikat telekomunikasi berpeluang menawarkan penawaran rangkaian 5G bersama pakej masing-masing yang disediakan kepada pelanggan mereka.


Telekom Malaysia {TM) adalah merupakan yang pertama sedia menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggannya.pengendali syarikat telekomunikasi yang lain masih belum menawarkan rangkaian 5G tersebut kepada pelanggannya.


Dalam erti kata lain, pelanggan pascabayar unifi Mobile boleh menikmati rangkaian 5G pada peranti yang menyokongnya apabila mulai ujian nanti.


TS Annuar Musa telah menyatakan bahawa kerajaan menyasarkan penawaran harga perkhidmatan rangkaian 5G lebih murah berbanding dari 4G. Hal ini kerana DNB selaku firma tunggal untuk pengurusan infrastruktur 5G di Malaysia yang sekaligus dapat menggurangkan kos operasi dan lebih efisien.


Setakat ini, masih belum diketahui bagaimana syarikat telekomunikasi bakal menawarkan perkhidmatan 5G dengan lebih murah seperti yang diperkatakan oleh kerajaan.

bottom of page