top of page
  • newsatmy

Rangnick puji aksi Ronaldo, kagum jaringan Fred

6 Disember 2021

RALF Rangnick memuji kadar kerja Cristiano Ronaldo dan mengakui dia terkejut dengan jaringan Fred yang memastikan kemenangan Manchester United ke atas Crystal Palace dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus.


United kelihatan hampir berpuas hati dengan satu mata dan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga Fred menemui ruang melepaskan rembatan menggunakan kaki kanan pada minit ke-77 di Old Trafford semalam.


The Red Devils mendominasi Eagles pada separuh masa pertama dengan pendekatan tekanan tinggi yang sengit yang akan dituntut oleh pengurus sementara, Rangnick sepanjang tempoh perkhidmatannya.


Mereka bergelut menembusi benteng pertahanan Palace sehingga Fred menghasilkan satu-satunya gol perlawanan, kemenangan 1-0 melonjakkan United ke tangga keenam -- tiga mata di belakang West Ham di tempat keempat.


Soalan telah diajukan sama ada Ronaldo akan melakukan perubahan seperti yang Rangnick harapkan, tetapi pemain Jerman itu memberikan pujian kepada penyerang prolifik itu sepanjang aksi pertamanya bersama United.


"Saya sangat gembira dengan cara pasukan beraksi, terutama dalam separuh masa pertama, tekanan yang dilakukan cukup luar biasa. Perkara yang gagal terhasil adalah jaringan," kata Rangnick.


"Cara kami bertahan, kami mengawal permainan dan perkara paling penting adalah tidak dibolosi. Terdapat perkara yang perlu diperbaiki, kami perlu memastikan tiga dibolosi. Dengan hanya satu sesi latihan, saya cukup kagum dengan prestasi pasukan. Kami melakukan lebih baik daripada apa yang dijangkakan.


"Kami sentiasa berusaha untuk berada di hadapan. Kami mahu mencuba menurunkan dua penyerang, terutama di bahagian tengah. Sebelum itu, usaha yang dilakukan Cristiano Ronaldo sepanjang perlawanan, cukup baik."

bottom of page