top of page
  • newsatmy

Rasa Susah Nak Pilih Baju Bila Bertudung

30 Oktober

Melihat fesyen menawan yang sering digayakan oleh pelakon dan usahawan tanah air, Betty Rahmad.


Menurut Betty, dahulu dirinya berasa susah hendak menutup aurat dengan memakai tudung kerana merasakan sukar untuk berfesyen dan memilih serta mencari pakaian yang sesuai dengan hijab.


“Nak tahu tak dulu sebelum saya berhijab, benda paling saya rasa susah dan buat saya tak nak pakai tudung ialah bila fikir baju. Sebab dari dulu saya memang suka fesyen. Suka melaram. Cuba fesyen itu ini. Jadi dalam otak dulu fikir tak nak pakai tudung, sebab tak tahu nak pakai baju apa. Susah!” tulisnya di Instagram

Namun setelah usahawan selebriti ini berhijab, Betty berpendapat hal tersebut bukan satu isu dan tidak lagi rasa susah untuk berfesyen sambil mengenakan hijab. Apa yang penting wanita harus bijak mencari padanan pakaian dengan hijab yang digayakan.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Betty mengatakan pasti ramai merasakan berhijab menghalang wanita untuk berfesyen tetapi sebenarnya tidak sukar seperti yang dibayangkan.


bottom of page