• newsatmy

Rebut peluang menang baucar RM1,000 di Alamanda.

16 Mac 2021

PELANGGAN Pusat Membeli Belah Alamanda (Alamanda) berpeluang untuk memperoleh ganjaran apabila berbelanja sekurang kurangnya RM100 dari sekarang sehingga 21 Mac ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, pelanggan yang berbelanja di kedai kedai F&B dan fesyen terpilih akan diberi ganjaran berupa baucar F&B apabila mereka mengambil bahagian dalam peraduan ‘Wheel of Rewards”.


Menurutnya, hadiah yang lebih lumayan menanti pelanggan ketika Cabutan Bertuah Mingguan di mana baucar membeli-belah Alamanda bernilai RM1,000 bakal ditawarkan kepada tiga pemenang setiap minggu selama tiga minggu.


"Cara penyertaan sangatlah mudah. Hanya perlu berbelanja, mengisi boring penyertaan, mendapatkan pengesahan daripada Concierge, memasukkan borang yang lengkap ke dalam bekas cabutan bertuah yang disediakan dan seterusnya putarkan 'Wheel of Rewards'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, penjawat awam pula layak mendapatkan borang penyertaan berganda.


Katanya, pengurusan Alamanda akan membuat cabutan untuk menentukan pemenang Cabutan Bertuah setiap minggu sehingga kesemua sembilan pemenang dikenal pasti.


Menurutnya, kesemua pemenang akan diumumkan pada 25 Mac ini dan baucar membeli-belah tersebut sah digunakan sehingga 31 Jun 2021 di mana-mana kedai F&B serta fesyen di Alamanda yang mengambil bahagian.


“Dengan adanya tawaran menarik sebegini, sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli belah di Alamanda yang sentiasa menjanjikan setiap kunjungan pengalaman yang penuh ganjaran,” katanya.


-Sinar Harian

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.