- cik skod
Remaja OKU Terjun Bangunan,ibunya ditahan polis
AMPANG JAYA,5 Sept– Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 13 tahun yang juga autisme dilapor terjun dari bangunan kediamannya sewaktu ditinggalkan bersendirian oleh ibunya.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisisten Komisioner Mohamad Farouk Bin Eshak, mangsa terjun dari tingkat satu bangunan kediaman pangsapurinya di Taman Melawati dan jatuh ke atas kereta.
“Mangsa telah mengalami kecederaan dan menerima lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan serta kesan retak pada tangan dan muka.
“Dipercayai, semasa kejadian, pengadu (ibu mangsa) telah tinggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak 2 September pada jam 9.15 malam kerana membawa anak perempuannya yang berumur lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di sebuah hotel di Damansara,” katanya.
Sehingga kini, mangsa sedang dirawat di wad 5D di Hospital Ampang.
Sehubungan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah melakukan tangkapan terhadap ibu mangsa (suspek) pada sekitar jam 2 petang tadi.
Difahamkan, suspek berusia 43 tahun yang merupakan seorang pekerja bahagian kewangan menerima maklumat tragedi tersebut daripada suaminya selepas kejadian.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang pada 5 September bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosuder Jenayah.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak atau hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh sepuluh tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.
Comments