top of page
  • newsatmy

Rexy dilantik Timbalan Pengarah jurulatih BAM

26 Oktober-PETALING JAYA

Bekas juara Sukan Olimpik dan dunia, Rexy Mainaky bakal kembali ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


BAM dalam satu kenyataan semalam berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996 itu akan berganding dengan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.

Kehadiran Rexy yang tamat kontrak bersama Persatuan Badminton Thailand (BAT) hujung bulan ini diharap dapat menambahkan lagi input teknikal untuk bahagian prestasi utama dan ditugaskan khas buat skuad beregu kebangsaan.

Juara dunia 1993, 1995 dan 1997 berusia 53 tahun itu akan melapor diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, pada 1 Disember ini.


“BAM berbesar hati kerana Rexy akan menyertai barisan kejurulatihan kita. Pelantikan ini amat penting untuk mengukuhkan lagi perkembangan yang dilakar BAM dalam misi memburu kejayaan demi kejayaan.

“Rexy adalah jurulatih yang sangat bagus dan berpengalaman dengan rekod mengagumkan. Beliau akan diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menghidupkan dan memotivasi beregu muda kita dengan secara merta.-Utusan

bottom of page