top of page
  • newsatmy

'Rindu Awak Separuh Nyawa' Astro Gempak video paling 'trending' di YouTube

2 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Drama bersiri 'Rindu Awak Separuh Nyawa' yang dimuatnaik Astro Gempak menjadi video paling 'trending' atau sohor kini di laman Youtube bagi tontonan Malaysia sepanjang tahun ini.


Ia selepas video berkenaan mendapat jumlah tontonan tinggi serta beberapa faktor lain yang diambil kira yang dimuatnaik sepanjang 2021.


Drama bersiri episod pertama yang dimuatnaik pada 23 Mac itu berdurasi 58 minit kini mencapai 2.608 juta penonton.


Menerusi kenyataan media YouTube menerusi Google Malaysia pada Khamis, penonton, artis dan pencipta kandungan dalam laman itu terus mengadaptasi serta bertindak balas kepada pertukaran lanskap video.


Jelasnya, pada 2021, video, kandungan dan saluran yang paling popular menarik minat penonton tempatan yang kebanyakannya berkongsi mengenai pengalaman, sumber asli serta spontan melalui video.


Pada tahun 2021, video, kandungan dan saluran yang paling popular yang telah menarik minat penonton tempatan kebanyakannya berkongsi kualiti biasa iaitu pengalaman, mentah dan spontan.


Selain itu bagi kategori video muzik paling 'trending' di Malaysia adalah Reedzwan - Adakah Ini Mimpi (Official Music Video) yang dimuatnaik oleh Rusa Music.


Video berdurasi 4.35 minit ini kini sudah mencapai 23.661 juta tontonan sejak ia mula dimuatnaik pada 8 Mac lalu.


Beberapa kategori lain turut tersenarai termasuk pencipta kandungan atau saluran di Malaysia yang dirangkul oleh Ammar Nazhan yang kini sudah mencapai 1.4 juta pelanggan.


Berikut senarai penuh video dan saluran yang popular di YouTube dalam kalangan penonton di Malaysia.


Video paling 'trending' di Malaysia


1) Astro Gempak [EPISOD PENUH] Rindu Awak Separuh Nyawa - EP1


2) Syahmi Sazli (Drama Spontan 31: Avengers versi Kelantan)


3) DONA 도나 불닭볶음면 먹방 Mukbang Spicy Noodle DONA 도나


4) Aqil Zulkiflee (AKU BELI MESIN AISKRIM)


bottom of page