top of page
  • admin

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR, 30 Mac- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) semalaman meningkat sedikit sebanyak 0.20 peratus kepada 102.64, kata seorang penganalisis. Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.4155/4210. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS), bagaimanapun rendah sedikit kepada 3.56 peratus, sekali gus menunjukkan pasaran masih berwaspada menjelang data inflasi AS pada hari Jumaat. "Bagi ringgit, ia mungkin mengalami trend yang lemah dalam tempoh terdekat selepas peningkatan ketara baru-baru ini," katanya.


Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain. Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4342/4404 daripada 5.4531/4599 pada penutupan Rabu, meningkat berbanding euro kepada 4.7867/7921 daripada 4.7943/8003 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3288/3328 daripada 3.3524/3569 semalam. Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean. Mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3258 daripada 3.3219/3263 semalam dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9050/9242 daripada 12.9267/9485. Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.11/814 daripada 8.11/8.12 sebelumnya dan susut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 293.30/293.80 daripada 293.20/293.70 semalam. -BERNAMA

Comments


bottom of page