top of page
  • newsatmy

Ringgit jatuh ke paras terendah, PM dan Tengku Zafrul usah berdiam diri


PETALING JAYA: Pada Rabu lalu, ringgit mencecah paras terendah berbanding Dolar AS, sejak krisis kewangan Asia pada 1998.


Ringgit Malaysia terus merosot berbanding dolar AS, melepasi paras prikologi RM4.50 buat kali pertama sejak Januari 1998, beberapa bulan selepas bermulanya krisis kewangan Asia.


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menegur Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Rakyat berhak mendapatkan penjelasan, katanya.


“Ringgit kini berada pada paras terendah dalam tempoh 24 tahun. Jika ini bukan krisis ekonomi, apa lagi?”


“Itulah persoalan yang ditanya rakyat biasa kepada kerajaan ‘pintu belakang’ yang tidak demokratik pimpinan Ismail Sabri,” katanya dalam kenyataan.


Tambahnya, rakyat dan pemilik perniagaan memerlukan maklumat dan bimbingan dalam menghadapi kegawatan ekonomi semasa negara.

“Selepas kejatuhan kadar tukaran yang mengejutkan ini, negara tidak mampu untuk dibohongi lagi. Sudah tiba masanya untuk kerajaan berterus-terang dan memberitahu kita jika (negara) kini mengalami kemelesetan (ekonomi).


“Mereka juga mesti memaklumkan apa rancangan mereka untuk membantu rakyat keluar daripada kekacauan ekonomi ini, bukannya membiarkan sahaja semuanya berjalan secara ‘auto pilot’.”


Beliau turut menzahirkan kebimbangan mengenai kesan susulan ekoran kemerosotan ringgit.


Lim berkata, ini termasuk kemungkinan harga barangan import naik. Kenaikan sedemikian boleh meningkatkan tahap inflasi yang dihadapi rakyat, tambahnya.


“Oleh itu, usaha mesti dibuat secara proaktif untuk meningkatkan jaminan makanan negara agar kita tidak terlalu bergantung kepada makanan import.”



bottom of page