top of page
  • Writer's pictureNihaba

Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS

9 Disember 2021

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Khamis selepas kebimbangan terhadap varian Omicron mereda, kata seorang peniaga.


Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan meningkat kepada 4.2160/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2260 pada penutupan hari sebelumnya.


Unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain kecuali berbanding euro.


Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0948/0971 daripada 3.0954/0973 pada penutupan Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7047/7073 daripada 3.7206/7227 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5660/5693 daripada 5.5938/5965 pada Rabu.


Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.7797/7825 daripada 4.7672/7695 sebelumnya.





Bernama


bottom of page