Matha Ahmad
Ringgit Terus Menjunam RM4.52 Berbanding Dolar AS

Ringgit terus menyusut ke paras terendah baru sejak 24 tahun berbanding dolar AS pada pembukaan hari Rabu sejajar dengan kebanyakan mata wang serantau lain, apabila ramai pelabur beralih ke aset lebih selamat.
Bernama melaporkan pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 pada penutup semalam.
Ringgit tidak pernah merosot serendah ini sejak Januari 1998.
Kebanyakan mata wang di rantau Asia Tenggara juga telah menyusut nilai berbanding dolar AS sejak akhir-akhir ini selepas beberapa siri kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat AS tahun ini.
Dijanggkakan nilai ringgit akan terus turun munggkin melepasi rm.4.70 jika ditinjau kaedah bank pusat AS akan menaikkan lagi kadar itu dalam usaha untuk memperlahankan inflasi.
Seiring dengan itu, Bank Negara Malaysia telah bertindak balas dengan menaikkan kadar faedah, sekali gus meningkatkan kos peminjaman.
Penurunan nilai ringgit akan memberi kesan ekonomi antaranya sektor berorientasikan eksport yang akan lebih berdaya saing..Sektor eksport akan mendapat manfaat. dan itu merupakan satu perkara yang baik.
Bagaimanapun, kelemahan ringgit boleh mewujudkan situasi inflasi pada produk yang diimport memandangkan negara masih bergantung kepada import.
Sektor import mula merasakan kesan import yang lebih mahal dalam import berasaskan peralatan dan jentera ,makanan seperti gandum,gula dan makanan ternakan,malah kos pengangkutan juga akan meningkat.
,