• newsatmy

Ringgit teruskan momentum meningkat

21 April 2021

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan harga minyak yang stabil, kata penganalisis.


Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.1130/1180 berbanding dolar AS daripada 4.1220/1250 semasa ditutup pada Isnin.


Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata hasil Perbendaharaan AS mula meningkat, menunjukkan dolar AS boleh berada pada paras yang rendah.


Harga minyak yang kukuh hari ini turut memberikan sokongan kepada ringgit.


Pada masa ini, minyak mentah Brent naik 1.06 peratus kepada AS$67.76 setong.


Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.


Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0964/0011 daripada 3.0972/1001 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.9590/9659 daripada 4.9612/9661 semalam.


Ringgit merosot berbanding pound kepada 5.7508/7594 daripada 5.7292/7350, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.7918/7968 daripada 3.8145/8180 sebelum ini.


- BERNAMA