- newsatmy
Risau cara Fasha Sandha lambung anak, netizen titip nasihat
26 Januari 2022
Difahamkan, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan bahawa aksi tersebut hanyalah kerana dia merindui anaknya setelah baru sahaja pulang dari tempat kerja.
Momen paling best bila balik kerja. Rindu anak-anak ibu selalu masa ibu kat tempat kerja.
Walau bagaimanapun, cara gurauan dengan melambung anaknya itu kurang disenangi warganet kerana risau anak kecil berkenaan tercedera atau mengalami gegaran pada bahagian otak sekiranya terjatuh. Malah ada juga di antara mereka yang menasihati agar pelakon itu tidak bergurau seperti itu lagi.
"Jangan lambung tinggi kak Fasha bahaya takut nanti Aisya jatuh ke bawah kalau terlepas tangan"
"Ini berkenaan dengan otak dah. Dah biasa ke lambung tinggi-tinggi? Better stop Fasha bergegar otak."
"Ingatkan sekali je dia lambung rupanya banyak kali. Seramnya takut baby terjatuh. Bahaya untuk otak bayi jugak."
Namun, Fasha memberitahu bahawa anak bongsunya itu sudah terbiasa dengan gurauan seperti itu dan menyatakan apa yang penting adalah fokus kerana ia sama seperti mendukung anak, di mana kadang-kadang anak juga boleh terlepas dari genggaman ketika didukung.
Comments