• newsatmy

Risteena, Isa Khan selamat diijabkabul

13 Mac 2021

Dengan sekali lafaz, pelakon, Nur Risteena Munim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, aktor yang juga penyanyi, Isa Khan, pada 10.40 pagi, semalam.


Majlis akad nikah tersebut diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Melalui klip video ringkas dimuatnaik melalui Instagram Risteena, beberapa anggota keluarga hadir memakai warna putih sedondon dengan pasangan pengantin.


Adik Risteena, Ruhainis yang juga pelakon turut dilihat hadir.


Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019.


Majlis serba romantik itu diadakan di Bali dengan disaksikan anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Pasangan itu sebelum ini pernah menangguhkan majlis akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 20 November tahun lalu gara-gara Covid-19.