- newsatmy
Rizky Billar berhasrat sewa seluruh tingkat wad bersalin buat Lesti Kejora
14 Disember 2021
JAKARTA: Selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar merancang untuk menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital ketika isterinya, Lesti Kejora melahirkan anak mereka pada tahun hadapan.
Rizky berharap perancangannya itu dipermudahkan dan masih menunggu keputusan daripada pihak hospital.
“Saya sudah menyuarakan hasrat kepada pihak hospital namun masih menanti keputusan daripada mereka.
Diharapkan hasrat saya untuk menyewa seluruh tingkat wad bersalin dipermudahkan,” kata Rizky.
Pasangan selebriti itu berkongsi keterujaan menantikan detik bahagia bakal menyandang status sebagai ibu bapa kira-kira dua bulan lagi.
Perkongsian itu dibuat oleh Rizky menerusi satu temu bual bersama saluran Youtube Intens Investigasi memandangkan Lesti sedang sarat hamil tujuh bulan.
Kata Rizky lagi, langkah itu diambilnya bagi menjamin keselesaan dan keselamatan isteri tercinta.
Tambah Rizky, dia turut menjangkakan keluarga mereka bakal menerima ramai tetamu selepas Lesti selamat melahirkan anak nanti.
Terdahulu pasangan ini mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan bahawa mereka sebenarnya sudah bernikah sejak awal tahun ini.
Pasangan selebriti terkenal dari negara jiran ini juga sanggup mengadakan majlis pernikahan kali kedua mereka dengan diraikan dalam resepsi penuh gilang-gemilang pada 19 Ogos lalu.
Comments