Search
RM10 juta untuk pembangunan bola sepak tempatan
17 Januari 2022
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyumbang RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun ini untuk pembangunan bola sepak tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan bola sepak di negara ini.
Ismail Sabri membuat pengumuman mengenai peruntukan itu semasa majlis pecah tanah ibu pejabat FAM di Presint 5 di sini hari ini.
Comentarios