• newsatmy

"RM70 juta untuk Integrasi Data dan Sistem Janji Temu" - KJ

27 Mei 2021

KUALA LUMUR, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memberikan pecahan secara terperinci terhadap peruntukan RM5 bilion bagi pelaksanaan program di bawah penyelarasannya.


Terdapat pelbagai persoalan yang mencetuskan kontroversi terus dibangkitkan oleh warganet iaitu peruntukan sebanyak RM70 juta bagi perkara atau item Integrasi Data dan Sistem Janji Temu


Beliau menjelaskan semua itu di dalam satu kenyataan media dimana peruntukan tersebut adalah bagi perkara/item adalah untuk melibatkan integrasi dan pembangunan sistem pengantara bagi memudahkan proses pendaftaran penerimaan vaksin serta pemantauan bekalan vaksin dari penerimaan hingga selesainya vaksinasi 2 dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Antara sistem yang akan dibangunkan adalah:

  1. pengurusan dan pemantauan pencapaian PICK;

  2. pembangunan dashboard pelaporan harian PICK;

  3. integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi KKM;

  4. pembangunan sistem Chatbot;

  5. pembangunan Laman Portal Pendaftaran Vaksin;

  6. sistem pengesanan pendaftaran dan vaksinasi serta pembangunan perkhidmatan Google Map (tracking system) di dalam MySejahtera;

  7. pembangunan sistem genomic surveillance dan sistem immunisation surveillance;

  8. perolehan sistem pengurusan Queue Mobile untuk PPV;

  9. integrasi sistem pasport digital dalam MySejahtera;

  10. sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin;

  11. pengendalian pusat panggilan (call center) berpusat di CITF;

  12. sistem MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) bagi pengurusan mobilisasi sukarelawan dalam pelaksanaan program; dan

  13. penghantaran SMS dan panggilan telefon bagi peringatan vaksinasi antara 5 hingga 10 kali peringatan bagi setiap orang.


Seperti yang dimaklumkan oleh KJ dalam kenyataan medianya, jumlah peruntukan keseluruhan RM5 bilion termasuklah bagi setiap perkara/item yang telah disenaraikan adalah had siling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).


“Walaupun jumlah akhir pembelanjaan masih belum muktamad tetapi ia tidak boleh melebihi paras siling yang telah ditetapkan. Sebagaimana yang semua sedia maklum, PICK merupakan program imunisasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia melibatkan 26.5 juta orang / 80% secara keseluruha populasi 3 negara,” Khairy Jamaluddin berkata bagi menjawab segala persoalan warganet yang tular di media sosial.


PICK akan berlangsung sepanjang tahun ini, oleh itu ianya pasti memerlukan sejumlah peruntukan besar dan mencukupi bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun. – PN Online


KENYATAAN_MEDIA_PENJELASAN_PERUNTUKAN_RM
.
Download • 131KB