• newsatmy

RON97 naik 5 sen, RON95, diesel tidak berubah

11 Mac 2021

HARGA petrol RON97 akan naik lima sen, manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah mulai tengah malam ini.


Harga RON97 akan dinaikkan kepada RM2.40, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 serta RM2.15 seliter.


Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 17 Mac ini.


“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.


“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.