• newsatmy

Ronaldo akan kekal ketuai Portugal - Santos

31 Mac 2021

CRISTIANO Ronaldo tidak akan dilucutkan daripada menjadi kapten Portugal setelah 'saat mengecewakan' ketika seri dengan Serbia Sabtu lalu, jelas ketua jurulatih, Fernando Santos.


Ronaldo yakin percubaannya melepasi garisan, namun pegawai perlawanan tidak bersetuju ketika Serbia bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia.


Stefan Mitrovic dua kali mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya dalam masa kecederaan, walaupun Ronaldo berkeras bahawa percubaannya melintasi garisan di Belgrade, di mana tidak ada VAR untuk menilai semua keputusan tersebut.


Ronaldo dilayangkan kad kuning kerana protes sebelum dia marah melemparkan lilitan kapten dan berjalan keluar padang meninggalkan perlawanan.


Santos mendedahkan selepas pengadil perlawanan, Danny Makkelie telah meminta maaf setelah melihat semula rakaman kejadian itu.


Santos menerima Ronaldo tidak seharusnya bertindak sedemikian, pengendali Portugal itu tidak merancang untuk menarik jawatannya daripada pemain utamanya itu menjelang pertemuan dengan Luxembourg.


"Dia akan kekal sebagai kapten Portugal," kata Santos. "Sekiranya dia menyinggung perasaan jurulatih, rakan-rakannya atau persekutuan, maka ya, kita harus berfikir. Tiada perkara seperti itu berlaku.


"Apa yang berlaku adalah momen kekecewaan besar yang boleh turut menimpa saya. Kekecewaan seseorang yang selalu mahu menang, yang memberikan segalanya untuk pasukan kebangsaan. Ia berlaku kepadanya, mungkin orang lain.


"Dia adalah orang pertama yang menyedari bahawa dia tidak seharusnya melakukannya. Dia pasti akan menjadi kapten."


- Astro Awani

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.