top of page
  • Writer's pictureNihaba

Rosmah perlu diekstradisi, pasport dibatal- Asraf Mustaqim

4 Disember 2021

KUALA LUMPUR-Isteri bekas perdana menteri Najib Abdul Razak Rosmah Mansor, perlu diektradisi selepas dia gagal pulang ke Malaysia pada 21 Nov dan menghadiri perbicaraan mahkamahnya pada 2 Disember. Gesaan itu datang dari Pemuda Bersatu (ARMADA)


Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 3.00 petang ini.


Dalam jemputan kepada media, beliau memohon pasport Rosmah dibatalkan dan dia dibawa pulang ke negara ini.Gesaan itu disebabkan,Rosmah telah langgar dan satu penghinaan pada sistem keadilan negara,


Rosmah, yang menghadapi pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar kerajaan untuk sekolah luar bandar di Sarawak, tidak hadir di mahkamah pada 2 Dis.

Pasportnya dirampas berikutan pertuduhan itu tetapi dikembalikan sementara kepadanya untuk melawat anaknya Nooryana Najwa Najib di Singapura. Nooryana pada 1 Nov melahirkan seorang bayi dan awatan itu sepatutnya dari 22 Okt hingga 21 Nov.


Ini mendorong pihak pendakwaan untuk mendapatkan waran tangkap terhadap Rosmah tetapi Mahkamah Rayuan enggan berbuat demikian selepas peguam Rosmah menjelaskan ia berpunca daripada kesilapan.


Pasukan guaman Rosmah menjelaskan bahawa walaupun dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 21 Nov, dia memutuskan untuk kembali kemudian berikutan pengenalan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL).

VTL antara Malaysia dan Singapura dilancarkan pada 29 Nov yang membolehkan individu yang telah divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa menjalani kuarantin Covid-19, tertakluk kepada beberapa peraturan termasuk ujian semasa ketibaan.


Peguam Rosmah memberi jaminan kepada mahkamah bahawa dia akan hadir untuk perbicaraan pada 6 Dis.


Rosmah menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah RM187.5 juta daripada Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan gabungan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa masing-masing menerima rasuah RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek itu.MK

bottom of page